Maklumat Semasa Konvokesyen

  • Semua bakal graduan diwajibkan melaporkan diri pada masa yang telah ditetapkan lengkap dengan pakaian konvokesyen untuk perarakan graduan di Foyer kiri Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah pada sidang-sidang hari Konvokesyen mengikut program. (RUJUK TENTATIF PROGRAM)

    Kepada bakal graduan, sekiranya anda mengalami masalah kesihatan (kurang upaya/mengandung) dan bermasalah untuk beratur dan berjalan dalam perarakan masuk ke dewan seperti tidak boleh berjalan, graduan perempuan yang mengandung atau yang baru lepas bersalin dan graduan yang memakai kerusi roda/tongkat, sila maklumkan kepada pegawai HEP yang bertugas di Foyer (ruang legar) kiri Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah.

    Bagi graduan sesi petang, sila pastikan anda melapor diri sebelum menunaikan solat zohor iaitu pada jam 1.00 petang.  Selesai solat, para graduan dikehendaki segera ke Foyer kiri dewan dan masuk ke dalam barisan mengikut susunan yang ditetapkan. Para graduan yang tidak kembali dalam barisan 15 minit selepas masuk waktu zohor tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

    Nota: * Bakal graduan boleh menunaikan solat zohor di surau Aras 1 Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah

     

    BARCODE /  KAD NAMA

    Barcode atau kad nama ini akan diberikan semasa pengambilan jubah iaitu bermula 10 Februari hingga 16 Februari 2019.  Bakal graduan akan disusun mengikut nombor giliran menerima skrol (nombor giliran adalah seperti yang tercatat dalam barcode/kad nama).  barcode yang diberi perlu disimpan dengan baik (tidak boleh koyak/basah/renyuk) agar ianya dapat berfungsi seperti yang ditetapkan.  Barcode perlu dibawa bersama semasa hari konvokesyen untuk diserahkan kepada petugas semasa anda berdiri untuk naik ke pentas di dalam dewan bagi menerima ijazah.

  • Semua bakal graduan akan mula bergerak dalam barisan dari Foyer (Ruang Kiri) dewan ke dalam Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah pada masa yang telah ditetapkan seperti berikut :

    Tarikh  Sidang  Masa 
     

    22 September 2019

     1  

    7.00 pagi

     

    23 September 2019

     2  

    7.00 pagi

    3

     1.00 petang

    PIHAK JAWATANKUASA ISTIADAT MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI MASA DAN ETIKA PAKAIAN YANG DITETAPKAN DARIPADA MENYERTAI ISTIADAT KONVOKESYEN UNISHAMS. BAKAL GRADUAN TIDAK DIBENARKAN KELUAR DEWAN SEHINGGA SIDANG ISTIADAT KONVOKESYEN SELESAI.
  • Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melapor diri lengkap dengan Pakaian Konvokesyen di Foyer (Ruang A) Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan

    Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang ditentukan dalam Dewan Istiadat mengikut arahan pegawai bertugas.

    Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan Kulliyyah masing-masing mengumumkan penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Diploma Pasca Siswazah/Sarjana Muda/Diploma.

    Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Diploma Pasca Siswazah/Sarjana Muda/Diploma.

    Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Para graduan diminta mematuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.

    Apabila nama graduan diumumkan;

    i) Graduan diminta berjalan terus ke arah KDYMM Tuanku Canselor / Pro Canselor I/Pro Canselor II.

    ii) Merafak sembah sebagai tanda hormat dengan mengangkat kedua-dua belah tangan ke dahi sekiranya menerima skroll daripada KDYMM Tuanku Canselor @ Pro Canselor I. Hanya menundukkan kepala sebagai tanda hormat sekiranya menerima skroll daripada Pro Canselor II (penanda ada disediakan di atas pentas).

    iii) Terima Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Diploma Pasca Siswazah/Sarjana Muda/Diploma dengan kedua belah tangan

    iv) Beri ucapan “Menjunjung Kasih Tuanku” kepada KDYMM Tuanku Canselor /“Menjunjung Kasih

    Tunku” kepada Pro Canselor I/ “Terima Kasih Dato’ ” kepada Pro Canselor II.

    v) Undur dua langkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal.

    Bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan iaitu di sebelah hadapan kiri dewan (menghadap pentas).

    Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai.
  • Semua bakal graduan hanya boleh bergerak dalam barisan untuk meninggalkan dewan sebaik sahaja juruacara mengumumkan “Perarakan Graduan Keluar Dewan”

Demo

UniSHAMS

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
  • 09300 Kuala Ketil,Kedah
  • Tel : 04 415 5000 / 5044
  • Fax : 04 415 5050
  • Emai : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Follow us on

Sponser

Hak Cipta Terpelihara @ UniSHAMS 2019