Maklumat Selepas Konvokesyen

  • Saudara/saudari hendaklah memulangkan pakaian konvokesyen yang dipinjam selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas selesai Istiadat Konvokesyen bagi program masing-masing mengikut masa dan tempat seperti berikut:

     

    Denda akan dikenakan dalam kes-kes berikut:

    BIL PERKARA IJAZAH LANJUTAN SARJANA MUDA / DIPLOMA
    1

    Lewat pulang Pakaian Konvokesyen (kadar sehari lewat)

    10.00

    10.00

    2

    Denda rosak/hilang jubah

    600.00

    500.00

    3

    Denda rosak/hilang lilitan songkok/tudung

    15.00

    15.00

    4

    Denda rosak/hilang hood

    50.00

     40.00
     5

    Denda rosak/hilang semua pakaian konvokesyen

     

    650.00

     

    650.00

     

    Sekiranya saudara/saudari tidak dapat memulangkan Pakaian Konvokesyen dalam tempoh yang ditetapkan, di atas sebab-sebab tertentu anda boleh mewakilkan kepada orang lain untuk memulangkannya dengan menggunakan borang kebenaran kepada wakil untuk memulangkan Pakaian Konvokesyen.
  • Transkrip dan Ijazah boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian konvokesyen. Para graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil transkrip dan ijazah bolehlah mewakilkan orang lain untuk mengambilnya atau transkrip dan ijazah tersebut dipos oleh Universiti dengan menggunakan Borang Kebenaran Mengambil Ijazah.


    Graduan yang tidak memulangkan pakaian konvokesyen dengan lengkap tidak dibenarkan mengambil transkrip ijazah


    Transkrip akademik dan ijazah hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos atau dituntut melalui wakil yang mengambilnya.


    Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut :

    BIL PERKARA KADAR (RM)
    1 Bayaran    Salinan Transkrip 10.00
    2 Bayaran    Salinan Ijazah 60.00

Demo

UniSHAMS

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
  • 09300 Kuala Ketil,Kedah
  • Tel : 04 415 5000 / 5044
  • Fax : 04 415 5050
  • Emai : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Follow us on

Sponser

Hak Cipta Terpelihara @ UniSHAMS 2019