ETIKA PAKAIAN

ETIKA PAKAIAN GRADUAN

Jubah konvokesyen, hood dan lilitan songkok/tudung disediakan oleh pihak Universiti dalam bentuk sewaan.  Para graduan diminta memakainya pada hari tersebut bersama pakaian seperti berikut: Graduants’ convocation robe, hood and songkok’s lining and ‘tudung’ lining will be prepared by the University in the form of rental. You are required to wear them on the day with these dresses/clothes:

Lelaki/Male :

• Berbaju Melayu lengkap bersampin, ATAU

• Lounge suit termasuk seluar panjang berwarna hitam, ATAU

• Baju kemeja berlengan panjang warna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam DAN

• Bersongkok hitam (lilitan songkok disediakan bagi graduan Ijazah, Sarjana, Doktor Falsafah kecuali Diploma tanpa sebarang lilitan) DAN

Kasut kulit hitam dan sarung kaki hitam (Kasut sukan adalah tidak dibenarkan).

a)Baju Melayu suit with samping, OR
b)Lounge suit including black trousers, OR
c)Any coloured long sleeves shirt and neck tie and black trousers AND
d)Black songkok (songkok lining for Degree, Masters, PhD except for Diploma graduates) AND
e)Black socks and shoes (Sports shoes are not allowed)

Wanita/Female :

• Baju kurung/Jubah.

• Bertudung labuh warna krim atau putih sahaja (lilitan tudung disediakan bagi graduan Ijazah, Sarjana, Doktor Falsafah kecuali Diploma tanpa sebarang lilitan)

Kasut bertutup dengan tumit tinggi tidak melebihi 2 inci. (Selipar/sandal adalah tidak dibenarkan)

• Memakai sarung kaki bewarna koko atau hitam sahaja

a)Baju kurung/Jubah.
b)A trailing tudung in cream or white only (Tudung lining will be provided for Degree, Masters, PhD except for Diploma graduates)
c)2 inch tall closed toed shoes. (Sandals/slippers are not allowed.)
d)Black or brown Sock/stockings
e)Purdah is not allowed during the Ceremony

 

Nota: * Warna pakaian adalah bebas. Walaubagaimanapun warna kuning adalah tidak dibenarkan.

Note: * Dresses colours are of your choice however, yellow is not allowed.

ETIKA PAKAIAN TETAMU

Semua bakal graduan hanya dibenarkan membawa 2 orang tetamu pada sidang yang berkaitan dengannya masuk ke dalam dewan. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Kad Jemputan dan pelekat kenderaan akan diserahkan kepada graduan semasa membuat pinjaman pakaian konvokesyen. Bagi memudahkan pihak waris / tetamu yang tidak dapat memasuki dewan, mereka boleh menggunakan Kompleks Sukan untuk rehat / makan dan peta penunjuk arah akan disediakan.

Tetamu lelaki/Male guest

- Baju melayu / baju Raihan / kemeja lengan panjang / "long suit"

- Bersongkok / berkopiah

- Kasut bertutup penuh (selipar adalah tidak dibenarkan)

 

Tetamu Wanita

- Baju Kurung / jubah / berpakaian sopan

- Tudung yang bersesuaian

- Kasut yang bersesuaian (selipar adalah tidak dibenarkan)

Tetamu graduan yang tidak mengikut panduan berpakaian yang ditetapkan boleh dihalang dari masuk ke dalam dewan.

Demo

UniSHAMS

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
  • 09300 Kuala Ketil,Kedah
  • Tel : 04 415 5000 / 5044
  • Fax : 04 415 5050
  • Emai : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Follow us on

Sponser

Hak Cipta Terpelihara @ UniSHAMS 2019