Jemputan

Jemputan Kepada Tetamu

Semua bakal graduan hanya dibenarkan membawa 2 orang tetamu pada sidang yang berkaitan dengannya masuk ke dalam dewan. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Kad Jemputan dan pelekat kenderaan akan diserahkan kepada graduan semasa membuat pinjaman pakaian konvokesyen. Bagi memudahkan pihak waris / tetamu yang tidak dapat memasuki dewan, mereka boleh menggunakan Kompleks Sukan untuk rehat / makan dan peta penunjuk arah akan disediakan.

Tetamu lelaki/Male guest

- Baju melayu / baju Raihan / kemeja lengan panjang / "long suit"

- Bersongkok / berkopiah

- Kasut bertutup penuh (selipar adalah tidak dibenarkan)

 

Tetamu Wanita

- Baju Kurung / jubah / berpakaian sopan

- Tudung yang bersesuaian

- Kasut yang bersesuaian (selipar adalah tidak dibenarkan)

Tetamu graduan yang tidak mengikut panduan berpakaian yang ditetapkan boleh dihalang dari masuk ke dalam dewan.

Hak Cipta Terpelihara @ UniSHAMS 2019