Kajian Pengesanan

Kajian Pengesanan Graduan

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Untuk perhatian , smua bakal graduan adalah DIWAJIBKAN mengisi sistem kajian pengesanan graduan (SKPG) dan mencetak slip pengesahan SKPG sebelum membuat urusan peminjaman jubah konvokesyen dan juga pengambilan Skrol dan Transkrip Akademik . Anda boleh mengakses SKPG mulai 31 Ogos 2019  di laman sesawang SKPG

Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang membina kepada UniSHAMS dan juga kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meningkatkan lagi kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk menyumbang kembali kepada UniSHAMS dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di UniSHAMS. Kerjasama bakal graduan amat kami hargai.

 

*MAKLUMAT PENTING: BAHAGIAN PILIHAN PEKERJAAN

 

  • Jika anda bekerja sekitar 40 hingga 48 jam seminggu; mempunyai maklumat pekerjaan, maklumat majikan dan pendapatan; termasuk graduan

    i.bekerja sendiri (online dan sebagainya),
    ii.bekerja dengan keluarga atau
    iii.bekerja dengan pihak lain dengan syarat pekerjaan tersebut diberi upah. Graduan perubatan dan farmasi yang menjalani housemanship / tutorage.
  • Jika purata waktu bekerjanya tidak melebihi 70% waktu bekerja biasa seseorang pekerja sepenuh masa. Jika waktu bekerja biasa lazim bagi sesuatu syarikat 8 jam sehari, maka waktu bekerja separa masa ialah 5.7 jam sehari (70% dari 8 jam sehari) atau kurang dari jumlah tersebut.
  • Graduan yang memaklumkan belum bekerja, tidak mempunyai maklumat pekerjaan seperti majikan, pendapatan dan sebagainya.
  • i.Graduan Undang-undang yang sedang menjalani Chambering,
    ii.graduan yang sedang menunggu penempatan pekerjaan,
    graduan sedang mengikuti Skim Latihan
    iii.1Malaysia (SLIM) / Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah (SUTKS) / Program Peningkatan Kemahiran Industri (INSEP),
    iv.melanjutkan pekerjaan dan sebagainya.

 

Berikut adalah langkah-langkah untuk akses ke SKPG 

1) Layari laman rasmi SKPG I di graduan.mohe.gov.my/v Klik Disini

2) Seterusnya, sila klik butang Log masuk Graduan.

3) Kemudian pilih Log Masuk Bagi Konvokesyen Tahun 2019/Login For Convocation Year 2019

4) Di ruang log masuk, sila lengkapkan maklumat seperti contoh berikut;

            No.Kad Pengenalan/Passport: 8800101234

           Institusi:  Institusi Pengajian Tinggi Swasta

           Nama Institusi:  UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

5) Klik Hantar/Submit

Sekiranya graduan menghadapi masalah untuk akses atau sebarang kesulitan untuk meneruskan soal selidik ini, SILA hubungi BHEP menerusi email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  berserta maklumat berikut;

  1. No.kp/passport                        
  2. No.matrik                                                
  3. Nama Penuh 
  4. Nama IPT            
  5. Browser yang digunakan (eg. Mozilla firefox, Internet Explorer, Google Chrome, dsb)              
  6. Keterangan masalah yang dihadapi (sebaik-baiknya disertakan bersama screenshot/printscreen paparan penuh masalah tersebut) 

Untuk perhatian, semua  bakal graduan adalah diwajibkan mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) dan mencetak slip pengesahan SKPG sebelum membuat urusan peminjaman JUBAH KONVOKESYEN dan juga pengambilan SKROL DAN TRANSKRIP AKADEMIK.

Sekian, harap maklum.

 

Hak Cipta Terpelihara @ UniSHAMS 2019